Hello everyone since today is friday and i've no mood to write in english so i gonna rite in Malay.Ini ada satu kisah yang aku ingin kongsi bersama dgn suma bloggers terutama rakyat Malaysia.Isi utama yang akan dibincangkan ialah ttg budi bahasa.
Kisahnya begini,lebih kurang jam 7.53pm bertempat di stesen komuter bank negara, aku sedang menunggu komuter yang akan tiba dari stesen sentul.Tiba-tiba aku dgr orang yg menengking lalu semua orang yang berada di situ mengarahkan pemandangan mereka ke arah bunyi tersebut.Terdengar jeritan "Woi,kau jangan kurang ajar k,apahal kau petik bunga tu?"..lalu terkedu aku..Kelihatan seorang lelaki dgn muka yang bersalah namun timbul persoalan adakah begini caranya kita sebagai rakyat Malaysia untuk menegur orang lain?Memang tidak dapat dinafikan bahawa orang yg memetik bunga tersebut salah tetapi cara salah seorang penjawat awam ini menegur orang juga salah.Dia tidak menunjukkan sikap yang terpuji dlm menjalankan tugas sebagai penjawat awam.Impaknya?sudah tentu akan jatuh ke tangan kerajaan malah mencemarkan nama baik negara Malaysia jika terdapat pelancong-pelancong asing di tempat kejadian.
Maka selaku rakyat Malaysia saya menyeru agar semua rakyat di Malaysia menjalankan tugas dgn baik dan mengamalkan budi bahasa yang cemerlang,gemilang dan terbilang kerana kita adalah duta-duta kecil kepada negara Malaysia.Kejadian seperti ini amat mengecewakan saya malah mungkin para pembaca sekalian turut kecewa dengan kejadian seperti ini.
Friday, December 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment