Wednesday, September 2, 2009

Protokol?



Salam Ramadhan buat pembaca beragama Islam semua dan salam sejahtera..

Penulis ingin membawa satu persoalan mengenai gambar di atas.Mengikut protokol yang penulis belajar sekiranya kita mengadap Sultan-sultan Melayu atau Raja,kita dikehendaki bersongkok bagi menghormati pemerintah tertinggi kita tetapi di atas?Beliau merupakan seorang yang boleh dikatakan berprofil tinggi tetapi beliau tidak mengikut protokol.Adakah beliau terlupa?beliau tidak tahu?masih belum mengikuti kursus protokol?Mungkin ada di kalangan para pembaca ada maklumatnya dan mungkin kita boleh kongsi bersama untuk perkongsian ilmu.Sila lah tinggalkan komen anda..:)

Thursday, August 20, 2009

Ramadan 1430H



Bersempena dengan pengumuman yang dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah maka dengan rasminya seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 22hb Ogos 2009. Penulis mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan serta Selamat berpuasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini memberi rahmat dan sinar kepada kita semua dalam menjalankan kehidupan seharian sebagai hambaNYA..~

Sunday, August 16, 2009

Konvokesyen UNIMAS ke-13



Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah bergraduat pada tahun ini. Sesungguhnya kalian akan menempuh hari-hari yang lebih sukar dan mencabar pada masa akan datang. Maka persiapkanlah diri anda, wahai sahabat-sahabat ku dengan kekuatan ilmu serta ketahanan mental dan fizikal. Selamat datang ke alam pekerjaan penulis ucapkan!~

Tahniah Guys!~

Bali 2

Hye guys,
Penulis nak berkongsi sedikit pengalaman mengenai satu tarian budaya yang ada di Bali..Tarian ini dipanggil Tarian Kecak or in english "Kecak Dance"..Di bawah ada beberapa gambar yang sempat di ambil oleh penulis..bagi sahabat-sahabat yang ingin lebih mengetahui tentang "Kecak Dance" boleh melayari laman web ini:-

http://en.wikipedia.org/wiki/Kecak





Bali 1

Sudah sekelian lama, blog ini ditinggalkan sebegitu sahaja. Namun pada hari ini,penulis terpanggil untuk cuba mengemaskini berita-berita terbaru daripada penulis. Dua bulan yang lepas, penulis berpeluang untuk ke Bali, Indonesia. Perasaan?tentulah seronok kerana hobi penulis yang suka berjalan sambil menikmati budaya yang ada di tempat orang. Untuk makluman, penulis suka berjalan merantau ke negeri orang hanya untuk menikmati suasana budaya yang ada di sana dan penulis bukanlah tergolong daripada kalangan yang suka akan membeli belah..:) Di bawah disertakan beberapa gambar sebagai bukti bahawa penulis memang berada di sana:-


Bawah: Sewaktu penulis berada di puncak gunung


Bawah: Hotel bagi malam pertama penulis berada di sana


Bawah: Hotel bagi malam terakhir penulis berada di sana

Wednesday, May 13, 2009

Book 1

Hye guys!lama da rasanya xupdate this blog.Just want to share with u guys ttg satu buku yang baru i beli iaitu bertajuk "Obama antara Islam, Israel dan Amerika". Buku ini mengupas sejarah silam Barrack Hussein Obama sebelum menjadi Presiden Amerika berkulit hitam yang pertama sehingga memasuki White House.It only cost me RM 15.90.~


Saturday, May 9, 2009

Kluang Station

Last week went to INTAN Kluang Johor for Kursus Induksi Pegawai Tadbir dan Diplomatik Lantikan 1/2009. What can i say is i've learned a lot about the public service etc and promise to my self that i want to be a good leader and administrative and diplomatic officer with high integrity.Below are several pictures of my friends at Kluang Station to enjoy the coffee!~

p/s- The Kluang Station full of PTD's officer lantikan 1/2009~