Saturday, March 14, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Sila baca komen di bawah :

By Nasha Bin Edwin Author Profile Page on March 13, 2009 7:42 PM

SAYA TAK SETUJU DENGAN PANDANGAN TUN...
MUNGKIN KERANA SAYA DILIHAT LEBIH KEPADA PEMBANGKANG...TETAPI JIKA ANWAR KATA MACAM ITUPUN SAYA PASTI TIDAK SETUJU...JIKA KITA LIHAT SEBELUM MERDEKA RAMAI RAKYAT KITA FASIH BERBAHASA INGGERIS DAN BOLEH DIKATAKAN LEBIH INGGERIS DARI MELAYU TERMASUK TUN SENDIRI...NAMUN APA HASILNYA ADAKAH TUN TELAH BERJAYA MENCIPTA ROKET UNTUK KE ANGKASA? ADAKAH RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH MAHIR BERBAHASA INGGERIS INI TELAH MAMPU MENJADI AHLI SAINS TERKEMUKA DI DUNIA INI? LAHIRKAH PENCIPTAAN TERBARU SEPERTI KERETA BOLEH TERBANG ATAU BOLEH BERUBAH BENTUK MENJADI BOT ATAU BENDA LAIN ATAU PENCIPTAAN YANG MEMBERI KEBANGGAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA KINI? YANG ADA CUMA PAKAR GIGI MACAM TUN DAN DOKTOR FARMASI...INIKAH HASIL PEMBELAJARAN INGGERIS? INIKAH YANG TUN CARI?

Komen saya :

Untuk makluman semua, komen ini dipetik melalui komen yg diberikan di dalam blog Tun Dr Mahathir mengenai "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)"..Secara peribadi, saya menyokong sepenuhnya tajuk di atas memandangkan ramai rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu amat lemah dalam berbahasa inggeris. Saya turut mengakui bahawa saya amat lemah dlm bahasa inggeris dan sekiranya dasar ini dilaksanakan sewaktu saya di peringkat sekolah rendah, INSYAALAH bahasa inggeris saya akan menjadi lebih baik. Berbalik kepada komen di atas, adakah dgn menggunakan bahasa Melayu, rakyat kita mampu membina roket?mampu mencipta teknologi-teknologi yang canggih?dan adakah jika kita menggunakan bahasa Inggeris kita tidak boleh mencipta teknologi-teknologi yang baru?atau hanya sekadar menjadi doktor gigi? cubalah kita menerima hakikat yang sebenar.Perlaksanaan dasar ini bukan bermakna kita membelakangi bahasa Melayu malah bahasa Melayu masih lagi di ajar di peringkat sekolah. Kita harus sedar bahawa kebanyakan kertas-kertas penyelidikan dilakukan di dalam bahasa inggeris dan kita juga sering menghantar pihak-pihak tertentu untuk ke luar negara bagi mendalami sesuatu teknologi untuk di bawa ke Malaysia di mana segala bahan rujukan adalah di dalam bahasa Inggeris. Masih banyak yang boleh diperkatakan mengenai kebaikan PPSMI dan mungkin bagi yang berminat boleh melayari http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more

2 comments:

  1. well..as for me..it depends on how u see this topic
    saya suka berpegang pada
    "melentur buluh biar dari rebungnya"
    adat manusia susah untuk menerima sesuatu yang baru
    bila dah terlalu lama berada dalam comfort zone
    kita malas untuk melakukan perubahan
    daripada mempertikaikan ppsmi kenapa tidak kita berusaha mencari jalan agar pelaksanaannya lebih berkesan dan dapat mencapai sasarannya

    ReplyDelete