Wednesday, December 3, 2008

Help him



Bayi derita, bapa tiada RM8,000

Oleh SOPI SAMAILE

SAMARAHAN 1 Dis. - Seorang bayi berusia dua bulan setengah dari Kampung Empila, Kota Samarahan di sini, Ahmad Amirul Asraf Dami menderita penyakit ketumbuhan di kepala dan cacat di pergelangan tangan serta tidak dapat melihat sejak dilahirkan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu yang sepatutnya menjalani pembedahan pada 19 November lalu terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan masalah kewangan keluarganya.

Ahmad Amirul Asraf memerlukan kira-kira RM8,000 untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut.

Bagaimanapun, ayahnya, Dami Bujang, 41, yang bekerja sendiri sebagai pemotong rumput dengan pendapatan harian sebanyak RM20 manakala ibunya, Saptuyah Suhaili, 35, suri rumah sepenuh masa tidak mampu menampung jumlah perbelanjaan pembedahan berkenaan.

Dami berkata, dengan pendapatan yang tidak menentu menyebabkan mereka sekeluarga tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan penyakit ketumbuhan di kepala yang dideritai anaknya itu.

Malah katanya, Ahmad Amirul Asraf juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan seminggu sekali di Klinik Pakar Hospital Umum Sarawak (HUS) dan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 untuk membawanya berulang alik ke hospital.

''Saya akui banyak bayaran bil hospital tidak dapat dijelaskan kerana kami kesempitan wang," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Saptuyah berkata, anak bongsunya itu dilahirkan melalui pembedahan caesarean selepas doktor mengetahui mengenai penyakit ketumbuhan di kepala anaknya ketika menjalani ujian imbasan apabila kandungannya memasuki sembilan bulan.

Bagaimanapun, jelasnya, dia dan suaminya tetap tabah dengan ketentuan yang telah ditakdirkan itu.

Katanya, disebabkan itu mereka sekeluarga terpaksa 'mengikat perut' agar dapat menyimpan sedikit wang bagi merawati penyakit anaknya.

''Sehingga kini keluarganya terpaksa membataskan segala perbelanjaan dan menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk memastikan anaknya itu menerima rawatan di HUS.

''Dalam serba kekurangan, saya dan suami terpaksa ke Kuching untuk merawat Ahmad Amirul Asraf yang kini sentiasa memerlukan rawatan lanjut," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan dan bersimpati dengan nasib Ahmad Amirul Asraf serta keluarganya, boleh menghubungi Dami Bujang di talian 019-8519214

p/s-I got email from someone about this baby. Really pity! To all readers please do help him.

No comments:

Post a Comment