Sunday, March 29, 2009

Tagged by Phylle

1) Do you think you're hot?
-I dont think so...:)

2) Upload your favourite picture of you.
-FYI, i never ever have a favourite pic coz its looks like i'm a fat man in the
picture..:)

3) Why do you like that picture?
-Nothing coz i dont have any favourite pic

5) The last song you listened to?
-"Fall for you" from Secondhand

6) What are you doing now besides this?
-Thinking

7) People I tag :
i-Tun Dr Mahathir
ii-Aznil Hj Nawawi
iii-All readers

8) Who is number 1?
-Ex Prime Minister of Malaysia

9) Say something about number 2.
-Wish u all da best!You are the best host in Malaysia!

Friday, March 27, 2009

THANKS GOD!!!



Akhirnya...syukur ke hadrat ALLAH swt, saya berjaya dalam temuduga yang dijalankan pada 25 Februari 09 yang lepas. Walaupun sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik lantikan secara kontrak, ia tetap tidak mematahkan semangat saya utk terus berusaha. Untuk pengetahuan semua, mulai sekarang perlantikan PTD akan dibuat secara lantikan kontrak dan akan diserapkan sebagai pegawai kerajaan yang tetap setelah menjalani segala kursus yang ditetapkan. Apa-apa pun syukur ke hadrat ALLAH swt yang tidak putus-putus menurunkan rezeki buat kita semua. Buat rakan-rakan semua terima kasih di atas doa kalian selama ini dan juga tidak lupa buat keluarga yang tercinta di atas sokongan selama ini. Kepada rakan-rakan yang telah berjaya tahniah diucapkan dan yang tidak berjaya percayalah bahawa rezeki ada di mana-mana. Luv U all!!

Saturday, March 14, 2009

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT


SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah
jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Sila baca komen di bawah :

By Nasha Bin Edwin Author Profile Page on March 13, 2009 7:42 PM

SAYA TAK SETUJU DENGAN PANDANGAN TUN...
MUNGKIN KERANA SAYA DILIHAT LEBIH KEPADA PEMBANGKANG...TETAPI JIKA ANWAR KATA MACAM ITUPUN SAYA PASTI TIDAK SETUJU...JIKA KITA LIHAT SEBELUM MERDEKA RAMAI RAKYAT KITA FASIH BERBAHASA INGGERIS DAN BOLEH DIKATAKAN LEBIH INGGERIS DARI MELAYU TERMASUK TUN SENDIRI...NAMUN APA HASILNYA ADAKAH TUN TELAH BERJAYA MENCIPTA ROKET UNTUK KE ANGKASA? ADAKAH RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG TELAH MAHIR BERBAHASA INGGERIS INI TELAH MAMPU MENJADI AHLI SAINS TERKEMUKA DI DUNIA INI? LAHIRKAH PENCIPTAAN TERBARU SEPERTI KERETA BOLEH TERBANG ATAU BOLEH BERUBAH BENTUK MENJADI BOT ATAU BENDA LAIN ATAU PENCIPTAAN YANG MEMBERI KEBANGGAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA KINI? YANG ADA CUMA PAKAR GIGI MACAM TUN DAN DOKTOR FARMASI...INIKAH HASIL PEMBELAJARAN INGGERIS? INIKAH YANG TUN CARI?

Komen saya :

Untuk makluman semua, komen ini dipetik melalui komen yg diberikan di dalam blog Tun Dr Mahathir mengenai "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)"..Secara peribadi, saya menyokong sepenuhnya tajuk di atas memandangkan ramai rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu amat lemah dalam berbahasa inggeris. Saya turut mengakui bahawa saya amat lemah dlm bahasa inggeris dan sekiranya dasar ini dilaksanakan sewaktu saya di peringkat sekolah rendah, INSYAALAH bahasa inggeris saya akan menjadi lebih baik. Berbalik kepada komen di atas, adakah dgn menggunakan bahasa Melayu, rakyat kita mampu membina roket?mampu mencipta teknologi-teknologi yang canggih?dan adakah jika kita menggunakan bahasa Inggeris kita tidak boleh mencipta teknologi-teknologi yang baru?atau hanya sekadar menjadi doktor gigi? cubalah kita menerima hakikat yang sebenar.Perlaksanaan dasar ini bukan bermakna kita membelakangi bahasa Melayu malah bahasa Melayu masih lagi di ajar di peringkat sekolah. Kita harus sedar bahawa kebanyakan kertas-kertas penyelidikan dilakukan di dalam bahasa inggeris dan kita juga sering menghantar pihak-pihak tertentu untuk ke luar negara bagi mendalami sesuatu teknologi untuk di bawa ke Malaysia di mana segala bahan rujukan adalah di dalam bahasa Inggeris. Masih banyak yang boleh diperkatakan mengenai kebaikan PPSMI dan mungkin bagi yang berminat boleh melayari http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more