Wednesday, February 25, 2009

DONE!!

Hye guys!
Juz finished my interview and nak share skitlah pengalaman di temuduga tadi.Tadi terdapat 2 panel di mana yg dipengerusikan oleh Datuk Ab Hamid from Lembaga SPA dan Datin Rohani drpd Jabatan Pegangkutan Jalan (Not sure state punya ke HQ).Soalan yg sering diutarakan td lebih kepada isu semasa dan mereka ingin melihat sejauh mana kesedaran kita mengenai isu-isu semasa dan bagaimana kita berperanan membantu negara Malaysia dalam menjadi sebuah negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Boleh lulus ke td??if itu persoalannya 50-50.xberani nak ckp but i've tried my best!bergantunglah pada rezeki.InsyaALLAH ada rezekinya.Now everything da lepas just waiting the result on the 6th April 2009.Sahabat-sahabat sekalian doa kalian sgt membantu,mudah-mudahan kalian berdoa agar saya dpt dan ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.Amin

Temuduga

Salam dan selamat pagi semua!!
Tinggal beberapa jam lagi sebelum saya menghadapi sesi temuduga.Perasaan?sudah tentu gemuruh dan risau.Doakan saya agar saya mampu menghadapi dan menjawab segala soalan yang dikemukakan.Mudah-mudahan saya dipermudahkan dan dibantu ketika di dalam kesusahan menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh ahli panel.Amin

Saturday, February 7, 2009

Bijak?Bodoh?

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI, AZLI ADLAN dan NAZATUL SHIMA RAZALI
berita@kosmo.com.my


Adakah ini yg telah dilafazkan oleh rakyat malaysia dalam Rukun Negara?Mungkin ada yang sudah terlupa akan Rukun Negara, berikut adalah Rukun Negara:

1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan

Betulkah rakyat Malaysia kini sudah bijak?adakah gambar di atas menunjukkan kebijakkan rakyat Malaysia?atau menunjukkan kebodohan rakyat Malaysia dgn tidak beretika?

Wednesday, February 4, 2009

BN bentuk kerajaan baru di Perak

04/02/2009 5:19pm


PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

P/s - Satu khabar gembira buat penulis dan penulis berharap kembalinya gelombang
Barisan Nasional di dalam pentadbiran negara.Semoga negara Malaysia terus
berada di dalam keadaan yang aman dan makmur.Amin

Monday, February 2, 2009

Please dont boycott KFC HOLDINGS (M) BHD

Hye everyone..i just got this email from someone so i think thats my responsibility to share with you guys!



"Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation.Bagi sesiapa yang tidak tahu sila cari mengenai Johor Corporation. Oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Malaysia dan untuk pegetahuan semua tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama (Its only using their brand name) maka KFC Malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

Walaubagaimanapun, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. Ini adalah salah satu usaha
yang sangat murni dan bukanah satu yang mustahil kerana as Malaysian kita harus berpegang kepada semangat 'MALAYSIA BOLEH'. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang sangat bagus. Selain itu juga, dibawah KFC
Holdings (M) Bhd terdapat beberapa anak syarikatnya iaitu :

1. Pizza Hut
2. Kedai Ayamas
3. RasaMas Restaurant
4. Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
5. Region Food Industries (Sos life)
6. Bakery (untuk garlic bread & roti2 di KFC)

Di samping itu tenaga kerja untuk semua syarikat ini majoritinya adalah melayu islam. Oleh itu, bayangkanlah sekiranya masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi
kepada orang Islam Malaysia dan khususnya orang-orang Malaysia? Oleh itu fikir-fikir kanlah dan renung-renungkanlah apa yang saya nyatakan ini. Diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja. Sama-sama kita membangunkan ekonomi orang Islam. Inilah dinamakan Jihad Bisnes."

Sekian untuk makluman.

P/s - Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang umum dan bukan untuk tujuan isu perkauman, agama dan sebagainya. Jangan disalah tafsir. Harap maklum.

The Love of Mom




Looking so nice..:)

The beginning..













Several pictures what i,my brother and my uncle did on last weekend..The beginning of ours project..Enjoy!!