Thursday, August 20, 2009

Ramadan 1430H



Bersempena dengan pengumuman yang dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah maka dengan rasminya seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 22hb Ogos 2009. Penulis mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan serta Selamat berpuasa. Semoga kedatangan Ramadan kali ini memberi rahmat dan sinar kepada kita semua dalam menjalankan kehidupan seharian sebagai hambaNYA..~

Sunday, August 16, 2009

Konvokesyen UNIMAS ke-13



Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah bergraduat pada tahun ini. Sesungguhnya kalian akan menempuh hari-hari yang lebih sukar dan mencabar pada masa akan datang. Maka persiapkanlah diri anda, wahai sahabat-sahabat ku dengan kekuatan ilmu serta ketahanan mental dan fizikal. Selamat datang ke alam pekerjaan penulis ucapkan!~

Tahniah Guys!~

Bali 2

Hye guys,
Penulis nak berkongsi sedikit pengalaman mengenai satu tarian budaya yang ada di Bali..Tarian ini dipanggil Tarian Kecak or in english "Kecak Dance"..Di bawah ada beberapa gambar yang sempat di ambil oleh penulis..bagi sahabat-sahabat yang ingin lebih mengetahui tentang "Kecak Dance" boleh melayari laman web ini:-

http://en.wikipedia.org/wiki/Kecak





Bali 1

Sudah sekelian lama, blog ini ditinggalkan sebegitu sahaja. Namun pada hari ini,penulis terpanggil untuk cuba mengemaskini berita-berita terbaru daripada penulis. Dua bulan yang lepas, penulis berpeluang untuk ke Bali, Indonesia. Perasaan?tentulah seronok kerana hobi penulis yang suka berjalan sambil menikmati budaya yang ada di tempat orang. Untuk makluman, penulis suka berjalan merantau ke negeri orang hanya untuk menikmati suasana budaya yang ada di sana dan penulis bukanlah tergolong daripada kalangan yang suka akan membeli belah..:) Di bawah disertakan beberapa gambar sebagai bukti bahawa penulis memang berada di sana:-


Bawah: Sewaktu penulis berada di puncak gunung


Bawah: Hotel bagi malam pertama penulis berada di sana


Bawah: Hotel bagi malam terakhir penulis berada di sana